29 September, 2008
SaLaM AiDiLFiTRi...
Hari ni adalah hari ke-29 umat Islam menjalani ibadah puasa, ini maknanya hanye tinggal 1 hari saje lagi dalam bulan Ramadhan tahun ini... semoga di hari2 terakhir kite semue berpuase, terus mendapat rahmat dan keberkatan olehNya... dan luse (rabu) hari raye bakal menjelme...
Di sini, "ugoag.blogspot.com" ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF DIPINTA sekirenye sepanjang penulisan blog ini, ada yang terasa hati or tersinggung perasaan... manelah taukan... kite hanye manusie biase... pade sedare mare, rakan2 n sape2 yang mgenali aku serte xlupe gak pade sume visitors2 n blogers2 sume... salam lebaran... :)
19 September, 2008
SeLaMaT uLaNgTaHuN... "WaTaSi No iKiRu MiCHi...
HePi BeSDaY "WaTaSi No iKiRu MiCHi..."
17 September, 2008
NuZuL aL - QuRaN
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Allah memberi nama kitab-Nya iaitu Al Quran yang bererti "bacaan". Erti ini dapat kita lihat dalam surah (75) Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18.
Nama ini dikuatkan oleh ayat - ayat yang terdapat dalam surah (17) Al -Israa' ayat (88), surah (2) Al-Baqarah ayat (85), surah (15) Al-Hijr ayat (87), surah (20) Thaaha ayat (2), surah (27) An Naml ayat (6), surah (46) Ahqaaf ayat (29), surah (56) Al-Waaqi'ah ayat (77), surah (59) Al-Hasyr ayat (21) dan surah (76) Addahr ayat (23).
Menurut pengertian ayat-ayat di atas, Al-Quran itu dipakai sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Selain Al Quran, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya, seperti:
- Al Kitaab atau Kitaabullah merupakan sinonim dari perkataan Al Quran, sebagaimana tersebut dalam surah (2) Al Baqarah ayat (2) yang ertinya berbunyi: "Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya….". Lihat pula surah (6)Al An'aam ayat (114).
- Al Furqaan ertinya "Pembeza" iaitu yang membezakan di antara yang benar dengan yang batil, sebagaimana terdapat dalam surah (25) Al Furqaan ayat (1) yang ertinya: "Maha Agung (Allah) yang telah menurunkan Al Furqaan kepada hamba-Nya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam".
- Adz-Dzikir ertinya "Peringatan", sebagaimana yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat (9) yang ertinya "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan"Adz-Dzikir" dan sesungguhnya Kamilah penjaganya". Lihat pula surah (16) An Nahl ayat (44).
16 September, 2008
Izzumi Imanie Qaysara
Rini, baru 2hari umo die... :)
Izzumi Imanie Qaysara binti Juzaimi
Izzumi's Papa
Izzumi's Mama...
Izzumi's Brother... Ni mase abg Qayyim kcik lg...
Dorang sekuage... skang da tmbah lg sorg... :)
15 September, 2008
KaK uMi DaH SeLaMaT BeRSaLiN...
Alhamdulillah... syukur n tahniah to my c-foo... da slmt lahirkan baby girl...
smlm aku dpt sms dr k.umi mgatekan yg die da slmt bsalin... ni sms darinye... "Alhmdlah ji. akk dh slmt lahirkn Izzumi Imanie Qaysara ptg td pkl 5.24pm, berat 3.26kg, normal. tks atas sokongan dik! fuh... shahdu sguh... wpun jauh dmate tp tetap xlupe aku ni... n masih close spti dlu... sayang die... ;)
Lepas 2, pagi ni aku sms payid btau yg k.umi da slmt bsalin baby girl gak... saje btau payid coz arwah ibu payid kenal k.umi ni... n aku tnye la skali name ank die... coz ritu mase dtg mlawat kat spital blom bg name lg... ok, ni plak sms yg payid reply... "Oyeke.. ank sye name die farzana hanum" name "hanum" ni payid abadikan dr name arwah ibunye... inilah kasih syg ibu n anak...