04 July, 2008

JuMaaT HaRi YaNg MuLiA...


Dunia...

TANDA-TANDA DUNIA DIHUJUNG NYAWA...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat
.
Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nmpk dah...

3) Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?"
Baginda menjawab:
"Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi² wanita" - Ibnu Majah.

~ 1 in a million, Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah2 Muzik etc...

4) Menghias masjid & membanggakannya

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan
masjid" - Riwayat Nasai.

~ mmg dah nmpk dah... Mcm Masjid Crystal tu ke?

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga" - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ade ank tak mgaku ade mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi ini, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad.

~ bleh kira bape je para ulama' yg tgal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani.

~ George Bush, Ariel Sharon & kat M'sia pun ade...

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad.

~ jiran sesame islam pon tak btego sape...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)
MasyaAllah... kalo ade kat dlm ofis 2 tego2 la ye...

10) Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.


~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ Siaran TV k'jaan n swasta, akhbar2 harian & majalah2 yg popular
skrg ni...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad.

~ tgok kes perang di Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput
sungai2" - Sahih Muslim

~ Dubai dah trun salji... Mina pulak dah kene banjir...


Dari Abdullah bin Amir r.a.Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."