Ramai yang tak tahu kan? tak tau takpe, aku btau la ni... aku nak share ngan sume... sumber ni aku cilok dari Wikipedia Bahasa Melayu...
Hari Jumaat (Friday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-5 dalam seminggu dan terletak antara Khamis dan Sabtu. Perkataan Jumaat itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna banyak/ramai. Hari ini dinamakan Jumaat kerana pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengahari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.
Di negara-negara barat yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian, ada sesetengah orang yang percaya akan tahayul percaya jika hari Jumaat jatuh pada 13hb, hari itu dianggap hari yang malang. Di dalam agama Kristian juga, ada satu hari perayaan yang jatuh pada hari Jumaat yang dipanggil Good Friday. Good Friday jatuh pada hari Jumaat sebelum Easter.
Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja separuh hari bagi negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat adalah hari terakhir.