10 December, 2007

MaLaM JuMaaT... WaKTu MaGriB...

Tajuk je kasi gempak! ekceli tak de pape pun... :) but insafilah... :(

[Masjid Negeri, Seremban Negeri Sembilan]

Hari jumaat ritu aku lik keje lambat sket... so, aku sruh my hubby lik mah dlu la tak yah tunggu aku... sure lambat sket sampai rini... bcoz my hubby ade dinner kat his opis... his dinner stat kol 8pm... so, dia lik mah dlu la petang tu... pas die da bsiap sume barula dtg lik mik aku kat terminal... mase tu da kol 7pm, jln pun da stat jem (bandar seremban) aku kena hantar my hubby and lik mah sendiri la ritu, but aku tak tau jalan nak ke opis die... jalan nak balik je yang aku tau :) so, aku mintak my hubby ajo kan aku jln nak ke sane la.... lucky, aku ni xla lembab sgt... cepat gak masuk otak ni... skali je die ajo aku da ingat... syukran... yeeeha! :) coz kang malam aku kene jemput die plak... after my hubby ajo aku jln... he said.. nak bawak aku g masjid negeri... solat magrib dulu... Alhamdulillah... let's go to solat!


baru sampai masjid...

[view pokok kurma dan ruang solat]

View pokok kurma tu, mase aku nak nak g tempat wuduk wanita... ni sume kat tingkat atas, tempat wuduk tingkat bawah... eeemmm... lain rasenye bile da jejak kan kaki di 'Rumah Allah' sejuk... tenang... macam2 perasaan datang... memang best sangat rase macam tak nak balik... Alhamdulillah dapat jejak kan kaki ni...


HADIS SOLAT

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah ibn Mas'ud:

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"